TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM ( DAHULU DIKENALI SEBAGAI TAMAN PERTANIAN MALAYSIA )
Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian, Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.
Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.
CHALET DI CAMAR RIMBA
AMPHITEATER
KOLAM RENANG
TAPAK KHEMAH
KAMPUNG IDAMAN
KAMPUNG IDAMAN
DUSUN ECO RESORT, BENTONG PAHANG
Perkampungan latihan Dusun Eco Resort terletak di Bentong, Pahang bertemakan Eco- Tourism. Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Oleh kerana resort ini terletak dalam daerah Bentong, Pahang tidak ketinggalan juga memperkenalkan Bentong dan Negeri Pahang sebagai destinasi Eco-Tourism . Nama-nama chalet menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Bentong seperti Ketari, Karak, Janda Baik, Lebu, Lurah Bilut, Telemong dan Simpang Pelangai manakala nama-nama bandar dalam Negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Temerloh, Raub, Lipis dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Bentong iaitu Bentong, Pelangai dan Sabai.
Bersesuaian dengan nama dusun, beberapa chalet juga turut dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, langsat, dokong, durian, nangka, cempedak dll, pokok bunga seperti bunga melor, melati, kekwa dll, buah hutan seperti petai dan jering dan pokok hutan seperti jati, merbau, meranti dll digunakan kepada asrama dan chalet.
Pengunjung akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai daerah Bentong, Negeri Pahang, nama-nama pokok hutan, bunga-bunga, buah-buahan dan ikan sungai yang menjadi makanan kesukaan ramai pada masa kini.
CHALET
CHALET 'A' SHAPE
ASRAMA
DEWAN SEMINAR
TAPAK PERKHEMAHAN
DEWAN MAKAN & KEDAI
KOLAM MANDI
WAKAF & SURAU