PENGENALAN
Kem Motivasi Pelajar Calon PMR & SPM 2011, ialah satu inisiatif untuk memantapkan calon-calon PMR & SPM 2011 dari segi rohani serta ketahanan mental. Peserta akan dibimbing dalam cara menjawab kertas soalan peperiksaan serta kaedah memori setiap ilmu, ini menjadikan peserta menjadi lebih yakin di hari ujian kelak. Kem ini juga dapat memberi satu impak dalam perubahan remaja dimana pendekatan mentor-mentor (dari kalangan pelajar-pelajar universiti tahun akhir) dapat memberi galakan serta dorongan untuk peserta-peserta ini menentukan hala tuju selepas tamat bangku persekolahan. Gejala-gejala keruntuhan akhlak seperti jenayah juvana, gansterisma, penyalahgunaan najis dadah, samseng jalanan dan juga pelacuran sering menjadi perbualan masyarakat terhadap remaja masa kini.
Walaupun hanya bilangan mereka ini yang melakukan jenayah hanya kecil tetapi pengaruh rakan sebaya dapat mengubah perspektif remaja untuk cenderung kearah negatif. Selain objektif utama kem ini untuk memberi bimbingan persediaan ujian, ia juga menjadi satu kaedah dimana peserta didedahkan dengan persekitaran yang berbeza. Tinggal & makan bersama, bertukar pendapat serta bergerak dalam satu kumpulan menjadikan remaja lebih berkeyakinan serta tahu memanfaatkan masa terbuang.
Sasaran peserta dalam kem ini ialah dari golongan pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 & 5. Keutamaan diberikan kepada pelajar tingkatan 3 (PMR) & 5 (SPM), selain dari itu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana diberi perhatian penuh serta dorongan menyertai program ini.
LATAR BELAKANG LOKASI
KEM MOTIVASI PELAJAR CALON PMR & SPM 2011
Ecotouria Resort Sungai Congkak ialah sebuah perkampungan latihan yang terletak di Batu 20 ½, Jalan Sungai Congkak, Hulu Langat, iaitu 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Terletak di kawasan perkhelahan serta kawasan berlatar belakangkan hutan hujan tropika serta puncak tertinggi di selangor iaitu Gunung Nuang.
Kemudahan yang tersedia di Ecotouria Resort yang meliputi kawasan seluas 38 hektar ialah seperti 19 Buah Chalet, Dewan Makan, Kawasan dataran, Kawasan Perkhemahan, Aktiviti lasak, Tempat Letak Kenderaan, Tandas, Tempat Persalinan, Tempat Memasak (BBQ) serta Tempat Solat. Perkhidmatan Fasilitator terlatih juga disediakan untuk aktiviti-aktivi seperti Junggle Traking, Night Walk, Owl Night, Sukaneka dan juga Team Building.
No comments:
Post a Comment