Sunday, 22 May 2011

GIG Dance Rakan Muda 2011, Himpunan Sejuta Belia, Hari Bela Negara 2011 @ Putrajaya


‘GIG Dance Rakan Muda 2011’ yang merupakan satu pertandingan tarian ekstrem penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop dan sebagainya bagi meraikan Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Tarian ini sangat popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.



No comments:

Post a Comment