Wednesday, 7 March 2012
KEM INSPIRASI REMAJA 2012
Kem Inspirasi Remaja 2012, ialah satu inisiatif untuk memantapkan remaja dari segi rohani serta ketahanan mental. Peserta akan dibimbing dalam cara menjawab kertas soalan peperiksaan serta kaedah memori setiap ilmu, ini menjadikan peserta menjadi lebih yakin di hari ujian kelak. Kem ini juga dapat memberi satu impak dalam perubahan remaja dimana pendekatan mentor-mentor (dari kalangan pelajar-pelajar universiti tahun akhir) dapat memberi galakan serta dorongan untuk peserta-peserta ini menentukan hala tuju selepas tamat bangku persekolahan. Gejala-gejala keruntuhan akhlak seperti jenayah juvana, gansterisma, penyalahgunaan najis dadah, samseng jalanan dan juga pelacuran sering menjadi perbualan masyarakat terhadap remaja masa kini.
Walaupun hanya bilangan mereka ini yang melakukan jenayah hanya kecil tetapi pengaruh rakan sebaya dapat mengubah perspektif remaja untuk cenderung kearah negatif. Selain objektif utama kem ini untuk memberi bimbingan persediaan ujian, ia juga menjadi satu kaedah dimana peserta didedahkan dengan persekitaran yang berbeza. Tinggal & makan bersama, bertukar pendapat serta bergerak dalam satu kumpulan menjadikan remaja lebih berkeyakinan serta tahu memanfaatkan masa terbuang.
Sasaran peserta dalam kem ini ialah dari golongan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5. Keutamaan diberikan kepada pelajar tingkatan 3 (PMR) & 5 (SPM)
Subscribe to:
Posts (Atom)